Rabu, Januari 26

Hujan Gerimis



Pagi tadi waktu bangun untuk bersiap dan pergi kerja kaadaan agak mendung dan hujan gerimis...Bila cakap pasal hujan gerimis nie buat aku jadi sentimental sikit kerana aku akan teringat pada kampung halaman aku di Terengganu. Hujan gerimis ditambah lagi dengan angin yang kuat membuatkan aku teringat akan suasana kampung halaman. Diwaktu begini juga buat aku teringat akan sejuknya air sungai diwaktu pagi. Rumah aku hanya bersebelahan dengan Sungai Dungun yang mana bersih mengalir.

Sungai itu jugalah yang menjadi tempat aku bermandi manda bersama-sama dengan adik aku dan kawan-kawan aku setiap petang walaupun mak aku cukup tegah kami mandi sungai kerana takut lemas.Sungai itu jugalah banyak meninggalkan nostagia zaman kanak seperti aku yang berasal dari kampung. Yang aku bangganya, walaupun kami tinggal berhampiran sungai tapi kami tidak pulak mencemari sungai dengan sampah sarap sepertimana nasib sesetengah sungai ditempat-tempat lain. Sungai itu jugalah tempat kami mengail udang galah bila tiba musim udang galah.

Rindu pada kampung halaman dan kalau boleh terasa sangat untuk balik ke kampung dan bekerja di sana tapi apakan daya rezeki aku telah ditentukan di Kuala Lumpur. Suasana kampung lain, semangat kampung pun lain dan boleh dikatakan hubungan sesama jiran agak kuat dan seperti adik beradik.

Dapat aku bayangkan bertapa nikmatnya jika bangun pagi-pagi dan duduk ditepi Pantai Teluk Lipat mengambil angin dan bertapa tenangnya jiwa ketika itu. Hilang segala stress bila berada ditempat yang tenang ditambah lagi dengan bunyi deruan ombak musim tengkujuh dan hujan gerimis dipagi hari. Aku rindu pada sungai dan aku rindu pada pantai....aku rindu segalanya tentang zaman-zaman lalu di kampung.

Tiada ulasan: