Isnin, Jun 28

Tiada Berpaling Setia.......



Tiada kata yang dapat aku gambarkan bertapa bahagianya apa yang aku rasa sekarang,tiapa kali mata terbuka dari tidur, Dia lah orang pertama yang akan aku rindui...aku rindu setiap saat aku bersama dengan Dia, saat usik mengusik tawa gembira sewaktu kami bersama. Dirasakan 24 jam dalam waktu sehari belum cukup untuk aku memberikan segala kasih sayang aku kepada Dia.

Dia adalah keutamaan bagi aku sekarang dan rasa sayang dan cinta ini tak pernah luput atau terhakis walaupun sebesar zarah kepada Dia. Walaupun kadang-kala ada kepincangan antara kami berdua, percayalah yang sayang dan cinta aku untuk Dia tidak pernah tercalar walaupun sedikit.

Aku terharu dengan tindakan Dia yang tidak pernah lekang menunjukkan rasa sayangnya dan perasaan cintanya terhadap aku walaupun kadang kala aku seperti menafikannya...mungkin pengalaman lepas membuat aku lebih berhati-hati dengan setiap tutur kata cinta yang diberikan tapi adalah tidak adil jika aku menafikan dengan setiap kasih sayang dan kata-kata iklas yang terbit dari bicara cinta yang dia luahkan.

Hari ini sudah masuk 1 bulan 2 minggu hubungan istimewa kami. Walaupun 2 bulan 2 minggu adalah waktu yang singkat bagi sesuatu hubungan namum antara kami seperti sudah lama bersama...tawa tangis telah menjadi halwa bagi hubungan kami, rajuk dan cemburu telah menghiasi cinta kami dalam waktu yang singkat ini. Usia hubungan bukanlah penentu kebahagaian kami buat masa ini, yang penting akan aku jagai cinta ini sebaik mungkin dan akan aku lindungi hak aku semampu yang boleh...tidak akan aku biarkan sesiapapun yang merampas cinta aku ini pada Dia. Aku harap Dia pun bisa lakukan perkara yang seperti mana apa yang telah dan akan lakukan.

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu


Biarlah cinta kali ini menjadi yang terakhir bagi aku, aku penat memburu cinta, dan biarlah cinta yang ada ini menjadi yang terbaik dan terakhir buat aku. Bukan mudah membina rasa kasih sayang dan bukan juga mudah memberi cinta kepada seseorang insan lain kerana ia tidak lahir tanpa rasa kasih sayang yang sebenarnya dan ia juga tidak wujud tanpa dua jiwa yang berjanji untuk disatukan atas nama CINTA....

2 ulasan:

bukankosong berkata...

wah...best...tumpang happy tuk ko..yup betul...jagailah dia sepenuh hati k..

bungeCENGKEH berkata...

Thanks Flyz...hope ko pun begitu juga :)