Selasa, Jun 22

20 June 2010....dari KL-Kuantan-Dungun

Sekarang nie aku rasa kalau boleh tiap-tiap weekend mahu pulang ke kampung. Perasaan ni muncul bila aku kenal Naz dan mengikuti dia pulang ke kampung dia di Kuantan. Orang kata apa ada di kampung, tapi bagi aku di kampung banyak ketenangan dan kedamaian. Di kampung tiada jam, tiada bunyi kenderaan yang membuat gegendang telinga ini dipalu sekuatnya,udara pun nyaman dan orang-orang kampung pun semuanya tidak lokek untuk bertegur sapa jika berselisih.

Last week aku dengan Naz balik ke Kuantan dan aku ambik cuti pada hari isnin supaya boleh rehat lebih sikit kat kampung fikir aku. Balik ikut Naz ke kampung dia sebab salah satunya mahu menziarahi ayah Naz yang demam dah hampir seminggu dan satu lagi memang nak relex kat kampung. Kami berdua bertolak dari KL ke Kuantan pada jam 2.00 am hari Sabtu setelah lepak makan dan minum dengan Kak Julia dan kami selamat sampai di Kuantan pada jam 9.00 am tu pun sepatutnya kami sampai awal tapi sebab kami terlalu mengatuk so kami pun tido sekejap kat R&R. Pada awal plan nya ingat nak balik Dungun kampung aku di Terengganu dan bolehlah tidur semalaman kat sana dan pulang ke Kuantan pada pagi ahad tu, tapi keadaan ayah Naz yang masih tak berapa nak elok so kami batalkan sahaja niat tu...sedih pulak aku tengok ayah Naz yang demam, cepat sungguh badan dia susut mungkin tak berselera nak makan, sempatlah juga aku ngan Naz picit-picit tubuh tua ayah Naz....mungkin kalau arwah ayah aku masih ada, tentu dia pun seusia atau berkaadaan macam ayah Naz sekarang dan bila aku tengok ayah Naz, aku teringat kat arwah. Ayah Naz pun aku cuba membahasakan diri dia dengan panggilan ayah, biarlah dia cuma ayah Naz tapi aku nak angap dia macam ayah aku juga.

Waktu kat Kuantan tu, aku,Naz ngan Ameer iaitu adik kandung Naz gigih keluar mencari durian...yelah dah musim durian kan sekarang nie, tapi tulah durian masih mahal pada harga yang melampau so kami pun pulanglah ngan kaadaan hampa kononnya walaupun ada muslihat lain untuk makan durian secara free iaitu dengan cara mengadu kepada jiran tetangga yang ada kebun durian, maka pada hari ahad tu puaslah aku ngan Naz makan durian free yang sedap mahunya kat 2 biji juga aku makan sampai panas badan ni hihihiii.....

Lepas makan Durian, Naz ajak aku balik Dungun memandangkan kaadaan ayah dah semakin pulih dan sudah mula menjamah makanan. Mungkin Naz faham yang aku memang mahu balik ke Dungun seperti mana plan asal kami..I LOVE U NAZ....so dalam jam 2pm kami pun bertolaklah untuk ke Dungun...yang aku seronok ngan Naz nie bila berjalan ialah kami tak pernah pernah diam dari berborak...kami berborak jer sepanjang perjalanan...sewaktu lalu dikawasan pantai di Cherating, Naz beria-ria nak berhenti kat tepi pantai dan katanya dia geram tengk air laut yang membiru apatah lagi waktu panas seperti hari tu...so aku cadangkan kat dia untuk singgah seketika nanti dekat satu tempat persinggahan di Pantai Kemasik dan aku yakin tentu dia suka kalau kami singgah di situ nanti....Sampai sahaja di Pantai Kemasik kami pun berhentilah untuk berehan dan mengalas perut yang kosong dengan leman yang kami beli di tepi jalan Bukit Kijal, sedap leman yangkami beli tu, cukup lemak dan cukuplah rasanya yang lembut dan tak terlalu keras sebelum ditambah lagi dengan nasi goreng ikan masing yang Naz pesan dan nasi goreng biasa untuk aku....macam biasalah air Nescafe O Ais untuk Naz dan Laici Susu untuk aku....nyaman jer rasanya bila duduk ditepi pantai setelah penat memandu (walaupun aku tak memandu, Naz jer memandu),. Inilah pertama kali aku berhenti di Pantai Kemasik sepanjang aku hidup di Terengganu ni...cantik pantainya dengan air laaut yang cernih berkaca tapi sayangnya tidak boleh mandi manda kerana pantainya berteluk dan tak sesuai untuk aktiviti berenang. Sewaktu kat Pantai Kemasik tu sempatlah juga kami nie pose bergambar sebagai kenang-kenangan berdua.

"pose silauan mata"


"Naz dengan pose Hercules nya"

Tak lama lepas pose manja-manja dan relex di Pantai Kemasik tu, kami pun meneruskan perjalan kami...Naz rasa tak percaya yang dia akan sampai ke Dungun dan juga sampai ke Kampung aku. Kami sampai dalam jam 6.00 pm kalau tak silaplah di kampung aku, lepas bersalam ngan mak aku dan minum air aku ajak Naz ke kandang kambing aku,kandang jer besar tapi kambingnya sekor jer...rupa-rupanya Si Naz ni takut kambing, dia takut tengok kambing aku melompat-lompat macam kuda, mujur tak menjerit kalau tak pecah lubang okay...ahaksssssss. Pas tengok kambing aku ajak Naz pergi umah kakak nak menjengok anak-anak buah aku, lepak sampai jam hampir pukul 9.00 pm, kami pun balik semula ke rumah mak aku dan lepak dalam rumah adik aku layan MENTOR dan yang pasti persembahan akak kita Ziana Zain memang superd lah...tak habis-habis Si Naz memuji kakak dia ngan anak ikan dia perform...tapi memang Ziana Zain layak mendapat undi awam sebanyak 19 mata iaitu satu mata sahaja llagi untuk mendapat mata penuh. Lepas layan MENTOR, kami pun bertolak pulang ke Kuantan semuala walaupun dalam hati ini rasa tidak puas balik sekejap sahaja...terpaksa nak buat cam mana sebab esok pagi dah nak bersiap balik KL dari Kuantan. Sebelum balik ke Kuantan, aku singgah sekejap untuk lepak ngan kawan lama aku, Syed, Adli ngan sorang kawan dia kat Pantai Teluk Lipat sambil makan dan minum apa yang patut dan carut-carutan antara satu sama lain sebagai pencuci mulut. Dalam jam 2.00 am kami pun bertolak balik ke Kuantan...dalam perjalanan hujan mula turun dengan lebatnya start dari kemaman kalau tak silap sampailah ke Kuantan...hujan memang lebat giler dengan kaadaan jalan yang gelap gelita tiada lampu jalan dan pokok-pokok ditepi jalan yang mungkin akan tumbang bila ditiup angin menambahkan lagi kengerian perjalan kami...Alhamdullilah kami akhirnya selamat sampai ke umah orang tua Naz jam 4.00 am. Seronok rasanya hari tu sebab banyak benda kami lakukan walaupun tidaklah seberapa tapi cukup aku rasakan aku bahagia ngan Naz pada hari itu. Rasanya weekend kami berdua terisi dengan sesuatu yang bermakna dan serba sedikit dapat mengembirakan hati orang tua kami yang dapat melihat kami berdua menziarahi mereka dan Alhamdullilah ayah Naz dah makin pulih dari demannya.

Aku harap, masa yang kami ada akan terisi dengan aktiviti yang boleh merapatkan hubungan kami berdua pada masa akan datang.

Tiada ulasan: