Selasa, Julai 7

Merisik khabar pada lelaki yang paling aku rindui dan sayangi.....

Merisik Khabar

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu
Keranamu...

Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan
Namun wajahmu bermain di mata ku
Tiap waktu...

Malam ku suram, siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari
Kemana pergi, harga diri ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya
Kau kuhampiri, tiap hari
Bersama luka dihati

Mengapa aku jadi tak menentu
Kerana mu......


Semoga Allah Memcucuri rohnya disana.......

Malam sabtu lepas aku malas mahu keluar kemana-mana kerana aku terasa kosong sangat hidup aku....entah kenapa pun akau tidak tahu. Oleh kerana tiada apa-apa aktiviti yang memang aku tidak mahu lakukan jadi mata ini terlelap dengan sendiri.

Pada pagi malam itu aku termimpi.....aku melihat sebuah kapal sewaktu aku duduk ditepi sungai dimana di atas kapal itu terdapat ramai penumpangnya dan yang menjadi tumpuan aku ialah pada seorang lelaki yang wajah dan keseluruhanya putih cantik dan berseri-seri wajahnya.....puas aku perhatikan dari tepi siapakah lelaki itu. lama aku perhatikan betul-betul kerana lelaki itu seperti aku kenal dan cukup rapat sekali. Tiba-tiba terpancur dari mulut aku memanggil Bad...bad...bad...iaitu panggilan aku buat arwah bapa aku. Aku panggil lagi Bad...bad...bad.... ini Wan....Wan ni....Wan ni....bercucuran air mata aku pada waktu itu....puas aku panggil barulah Bad aku perasan dan dia senyum dan melambai-lambai tangan pada aku...Aku kejar kapal itu sampailah Bad aku suruh kapal itu berhenti. Dia turun pada kapal tu dan terus memeluk aku dengan erat sekali, bercucuran air mata aku pada waktu itu...bercucuran kerana bertapa aku rindunya pada dia, rindu yang amat sangat.

"Wan rindu sangat kat Bad, Wan rindu sangat kat Bad.....Air mata aku tak berhenti-henti keluar....Wan nak ikut Bad....Wan nak ikut, minta aku pada dia, tapi tidak sepatah perkataan pun yang keluar pada mulut dia, hanya senyuman sahaja yang dia hadiahkan pada aku. Aku peluk dia lagi erat-erat seperti tidak mahu dia pergi lagi dari aku....... Wajahnya amat cantik sekali dengan kulit yang putih bercahaya yang tak pernah aku lihat sebelum ini. Oleh kerana tidak mahu dia pergi dengan tiba-tibanya aku terjaga dan sedar yang aku hanya bermimpi....mimpikan Bad aku yang aku rindui sangat.

Bad sudah pergi meninggalkan aku selama hampir 22 tahun, tapi entah mengapa dalam mimpi tadi aku masih ingati wajahnya walaupun waktu dia pergi usia aku baru sahaja 6 tahun. Aku ingat Bad adalah seorang yang garang dengan anak-anaknya tetapi Bad sayang kan kami, tipa petang kalau ada kelapangan Bad selalu bawa aku jalan-jalan dengan motosikal dan minum dikedai kopi sambil dia bersembang-sembang dengan kawan-kawan dia. Penyakit asma telah merampas dia dari aku....sejak itu aku tiada lagi Bad...aku tidak lagi macam orang lain yang ada ayah dan yang aku ada ialah mak aku sahaja. Sedih bila tiba hari raya, orang lain semua ada ayah tetapi aku ada mak sahaja....walaupun masih kecil waktu itu, rasa kehilangan orang yang tersayang amat terasa dan cukup memberi tekanan emosi pada aku. Aku mula tidak lasak dan mula takut untuk berjumpa sesiapa pun...aku mula bertutur tidak jelas kerana tidak yakin kerana aku takut jika buat silap tiada sesiapa yang boleh lindungi aku macam orang lain.

Pagi itu aku bfast dengan kawan aku, aku cerita yang aku mimpikan arwah bapa aku dan macama mana aku lihat arwah bapa aku...dalam bercerita entah kenapa laju sahaja air mata ini mengalir....sebak aku rasanya sampailah hari ini masih terasa.....
mungkinkah kerana aku mulai lupa Bad yang buat aku termimpi-mimpi arwah? tidak! aku tak pernah lupakan arwah walau sesaat pun....jarang seali aku lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah mahupun surah-surah pendek pada arwah selepas solat dan sebelum tidur dari dulu lagi, aku juga selalu sedekah wang dan kadang-kadang jika ada rezeki lebih aku akan buar kenduri arwah dengan memberi kanak-kanak makan bagi pihak Bad....hanya itu sahaja yang aku mampu lakukan supaya roh Bad sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah. Dan jika amalan Bad tidak cukup untuk melayakan dia kesyurga, aku redha jika Allah ambil amalan aku yang tidak seberapa ini kepada arwah biar arwah layak kesana kerana aku tahu akau tak layak ke Syurga.....

Semoga Allah sentiasa mengingati aku dengan amalan yang mulia kerana hidup dan mati aku hanyalah untuk Dia.......

2 ulasan:

shahril.hussin berkata...

sabar ..itulah pengubat erti sebuah kehidupan...

wan, ombk jugak merasa ape yg wan rasa, semua org yg dah kehilangan apa yg dia sy..juga turut merasa keperitan sebuah kerinduan..tapi kita manusia yg tak akan mampu untuk memutarkan masa lampau..jadi jangan hanya teringat atau OH...aku teringat arwah..tapi pergilah kepadanya lawatilah dia...sedekahkan ape yg termampu..yg selebihnya kita serahkan pada yg maha pencipta

bungeCENGKEH berkata...

thanks ombak..:)