Rabu, Julai 30

Dari Form 1 to Form 3

Sekolah Menengah Sultan Omar Dungun adalah sekolah menengah aku dulu waktu zaman British memerintah Tanah Melayu sekolah tu sekolah Enggeris, nama sekolah tu sebelum kena tukar ialah Dungun English Secondry School.

Suasana baru baut aku tak selesa pada mula masuk form 1 sebab jerlah dah jadi junior mulalah takut2 dengan senior kan? Tapi aku selamat sebab sepupu lelaki aku ada, dia tu gangster kat sekolah tu nama dia Lan, dia dah warning siap2 budak2 kat sekolah tu jangan siapa berani kacau aku kalau tak pecah muka. Dia orang gelar Lan Warior dan kadang2 aku naik menyampah jugak ngan dia tu tapi dia cukup baik dengan aku....kawan2 dia pun cukup baik ngan aku maybe sebab takut ngan dia kot....ahhh aku peduli apa janji aku selamat dan tak ada orang berani buli aku, kata sekolah tu aku tak pernah cari pasal ngan sesiapa pun.

Dari form 1 lagi aku dah mula nekad untuk berjaya dalam pelajaran walaupun aku nie just sederhana jer pandainya sampailah form 3 tapi aku antara 20 orang pelajar terbaik kat sekolah tau untuk form 3, kira oklah tu kan?

Waktu menengah rendah ( form 1 to form 3) membosankan bagi aku dan tak banyak yang aku nak ceritakan kat sini......boring boring boring dan boring

Tiada ulasan: