Dari tahun satu aku dah pandai membaca dan lancar cuma menulis jerlah lemah sikit selalu perkataan yang sepatutnya tiada "g" aku taruk "g" orang Terengganu katakan heheheeee.....but for me Terengganu or Trengganu is tra la la........
Dari tahun 1 sampailah tahun 5 aku tetap duduk dalam kelas Cempaka,tapi kemuncak yang best nya dalam sekolah rendah adalah pada tahun 6. Tahun 6 aku duduk dalam kelas 6 Orkid iaitu kelas elite kat sekolah tu.....dalam kelas tu aku dah bina empayar group iaitu group anak tiri cikgu kelas aku....group kita orang "kureng" pandai tapi agak menonjol cos dah agak matang berfikir dan dah mula pandai memberontak sikit-sikit.......best friends aku tahun 6 ialah Lokman dan Faizal iaitu classmate aku waktu tahun 1 (Faizal best student UPSR), Nabhan, Asraf,Azmi ayam,Azmi, Siti kembar cos kembar satu nama Siti Zaleha n satu nama Siti Khatijah, Ismail gemok, Azhalina,Anisah dan beberapa nama yang aku dah tak ingat......... Jadi kebiasaanlah kalu dah duduk dalam kelas elite nie kita dilayan macam anak emaslah kat sekolah tu, ada lawatan kita oranglah jadi wakilnya.......
Pengalaman ngeri yang aku tak dapat lupa masa tahun 6 ialah bila Ismail gemok telah menoreh jari manis aku dengan pisau pengasah pencil sepanjang 2 inci dan sampai hari nie parut masih ada. Darah yang keluar tuhan yang tahu tapi aku nie diam jer cos terkejut....habis beg kawan-kawan yang duk sebelah aku terkena darah aku.....sampai sekarang aku ingat dan mula dari waktu itu aku mula benci dan jauhkan diri dari Ismail gemok yang ibarat watak "Giant" dalam kartun Doraemon.
Lepas exam UPSR kita orang dah tak belajar dan cikgu-cikgu pun biar jer apa yang kami nak buat janji duduk dalam kelas...xtvt kami ialah main monopoli, catur, main masak2 pun ada kikikiiiii......tapi aku dan beberapa orang yang lain dah pandai ponteng keluar dari sekolah pergi pantai cari remis dan siput seronok giler masa tu yang penting kawan-kawan aku yang joint ponteng tu semua pengawas sekolah heheheeee......
Tahun 6 the best part waktu sekolah rendah dan tak akan aku lupakan.....yang sedih kami semua terpisah bila result UPSR dah keluar kawan-kawan aku semua dapat keputusan yang cemerlang iaitu 4A aku dapat sikit jer A. Yang cemerlang macam Faizal, Anisah, Azlina nabhan dan ramai lagi dapat masuk boarding school. Aku just sekolah harian biasa sahaja.....
I miss u all......
1 ulasan:
salam duan,
at last dpt gk aku explore blog bungecengkeh ni, menarik sgt, then dpt tgk wjh terbaru kwn aku ni... lain bnr lerrr, tp koho ensem lorr.. btw, gud lak fwend..
Catat Ulasan