Rabu, Julai 30

Dari Form 1 to Form 3

Sekolah Menengah Sultan Omar Dungun adalah sekolah menengah aku dulu waktu zaman British memerintah Tanah Melayu sekolah tu sekolah Enggeris, nama sekolah tu sebelum kena tukar ialah Dungun English Secondry School.

Suasana baru baut aku tak selesa pada mula masuk form 1 sebab jerlah dah jadi junior mulalah takut2 dengan senior kan? Tapi aku selamat sebab sepupu lelaki aku ada, dia tu gangster kat sekolah tu nama dia Lan, dia dah warning siap2 budak2 kat sekolah tu jangan siapa berani kacau aku kalau tak pecah muka. Dia orang gelar Lan Warior dan kadang2 aku naik menyampah jugak ngan dia tu tapi dia cukup baik dengan aku....kawan2 dia pun cukup baik ngan aku maybe sebab takut ngan dia kot....ahhh aku peduli apa janji aku selamat dan tak ada orang berani buli aku, kata sekolah tu aku tak pernah cari pasal ngan sesiapa pun.

Dari form 1 lagi aku dah mula nekad untuk berjaya dalam pelajaran walaupun aku nie just sederhana jer pandainya sampailah form 3 tapi aku antara 20 orang pelajar terbaik kat sekolah tau untuk form 3, kira oklah tu kan?

Waktu menengah rendah ( form 1 to form 3) membosankan bagi aku dan tak banyak yang aku nak ceritakan kat sini......boring boring boring dan boring

Selasa, Julai 29

Serba Sedikit Cerita Aku Dari Tahun 2 hingga Tahun 6

Dari tahun satu aku dah pandai membaca dan lancar cuma menulis jerlah lemah sikit selalu perkataan yang sepatutnya tiada "g" aku taruk "g" orang Terengganu katakan heheheeee.....but for me Terengganu or Trengganu is tra la la........

Dari tahun 1 sampailah tahun 5 aku tetap duduk dalam kelas Cempaka,tapi kemuncak yang best nya dalam sekolah rendah adalah pada tahun 6. Tahun 6 aku duduk dalam kelas 6 Orkid iaitu kelas elite kat sekolah tu.....dalam kelas tu aku dah bina empayar group iaitu group anak tiri cikgu kelas aku....group kita orang "kureng" pandai tapi agak menonjol cos dah agak matang berfikir dan dah mula pandai memberontak sikit-sikit.......best friends aku tahun 6 ialah Lokman dan Faizal iaitu classmate aku waktu tahun 1 (Faizal best student UPSR), Nabhan, Asraf,Azmi ayam,Azmi, Siti kembar cos kembar satu nama Siti Zaleha n satu nama Siti Khatijah, Ismail gemok, Azhalina,Anisah dan beberapa nama yang aku dah tak ingat......... Jadi kebiasaanlah kalu dah duduk dalam kelas elite nie kita dilayan macam anak emaslah kat sekolah tu, ada lawatan kita oranglah jadi wakilnya.......

Pengalaman ngeri yang aku tak dapat lupa masa tahun 6 ialah bila Ismail gemok telah menoreh jari manis aku dengan pisau pengasah pencil sepanjang 2 inci dan sampai hari nie parut masih ada. Darah yang keluar tuhan yang tahu tapi aku nie diam jer cos terkejut....habis beg kawan-kawan yang duk sebelah aku terkena darah aku.....sampai sekarang aku ingat dan mula dari waktu itu aku mula benci dan jauhkan diri dari Ismail gemok yang ibarat watak "Giant" dalam kartun Doraemon.

Lepas exam UPSR kita orang dah tak belajar dan cikgu-cikgu pun biar jer apa yang kami nak buat janji duduk dalam kelas...xtvt kami ialah main monopoli, catur, main masak2 pun ada kikikiiiii......tapi aku dan beberapa orang yang lain dah pandai ponteng keluar dari sekolah pergi pantai cari remis dan siput seronok giler masa tu yang penting kawan-kawan aku yang joint ponteng tu semua pengawas sekolah heheheeee......

Tahun 6 the best part waktu sekolah rendah dan tak akan aku lupakan.....yang sedih kami semua terpisah bila result UPSR dah keluar kawan-kawan aku semua dapat keputusan yang cemerlang iaitu 4A aku dapat sikit jer A. Yang cemerlang macam Faizal, Anisah, Azlina nabhan dan ramai lagi dapat masuk boarding school. Aku just sekolah harian biasa sahaja.....

I miss u all......

Jumaat, Julai 25

Zaman Sekolah Rendah Aku

Dah tamat sekolah tabika dan cuti atau rest atau relex sebulan kat rumah aku pun didaftarlah untuk masuk darjah satu di Sek. Ren. Keb Batu 48 Dungun Terengganu. Macam budak2 lain jugak aku teramat teruju untuk bersekolah, ada beg sekolah sendiri, buku tulis yang banyak dan kasut sekolah. Waktu tu aku rasa seronok sangat sampai tak sabar-sabar nak bersekolah......hari pertama ke sekolah mak aku hantar aku macam ibu bapa orang lain jugaklah dan macam budak2 darjah satu yang baru masuk sekolah kita orang dibeli satu tanda nama yang diperbuat dari kertas manilakad yang sebesar tapak tangan tertera nama dan kelas masing2. Aku ditempatkan dalam kelas Satu Cempaka dengan rakan2 sedarjah aku yang berjumlah hampir 30 oarang, ramaikan?. Disitulah aku kenal alam persekolahan yang seterusnya dan mengenali kawan2 kawan baru. Kawan2 aku yang aku tak dapat lupa sampai sekarang ialah Faizal Ramly yang sekarang nie entah kemana dan aku dapat tahu dia ke Universiti Al-Azhar dan sorang lagi Lokman Hakim yang sekarang nie dah jadi seorang pendidik. Waktu itu aku baru kenal sistem ekonomi atau perniagaan hahahah...maksud aku, aku dah boleh pegang duit sendiri untuk beli makanan pada waktu rehat. Duit belanja aku waktu tu dalam 50 sen sehari dan pada waktu itu 50sen nilainya macam RM1.50 sekarang. Mak aku jugak kadang2 bekalkan aku makanan tengahari dari rumah, save budget katanya heheheeeee...

Waktu itu aku tak pandai nak tengok jadual subjects yang diajar untuk hari2 yang berbeza so aku pun bawaklah semua buku yang aku ada sampai penuh beg tu...dahlah berat beg tu, tubuh aku nie pulak yang kecik lagilah macam santa claus pun ada.....tapi bukan aku sorang jer macam tu, orang lain pun sama jer aku tengok bawak buku penuh beg.

Masa aku darjah satu tu ada sorang cikgu yang aku benci dan dendam sampai sekarang iaitu cikgu Nafisah, dia tu sekampung ngan aku dan perangai dia memang jahat ngan sikap suka pilih kasih. Dia tu macam mak tiri dalam cerita "Bawang Merah Bawang Putih". Bukan aku sahaja yang benci pada dia tapi kawan2 aku yang lain pun cukup benci dia. Kalau anak2 orang2 kaya bukan main lagi buat baik dan puji2 melangit, tapi akhirnya kami anak2 murid dia yang dia benci nie lah yang berjaya dalam pelajaran dan ada yang sampai keluar negara melanjutkan pelajaran...'aku belajar kat Malaysia jer'. Tapi setiap kejadian dan perbuatan orang kepada kita sebenarnya adalah hadiah dariNya yang mengajar kita jangan menilai orang atau bersikap suka memilih bulu sesama manusia kerana kita tak tahu apa yang berlaku pada esok hari, kerana hari besok masih dialam "Ghaib" (wahhh.... macam ustazlah pulak kikikikiii)

okaylah cukuplah aku cerita sejarah hidup aku di tahun satu disekolah nanti aku cerita sejarah akau pada waktu ditahun dua pulak.........

Khamis, Julai 24

Waktu aku mula Kenal A,B,C......1,2,3....

Aku mula kenal sekolah pada usia aku umur 6 tahun macam korang jugaklah tapi ada jugak yang baru berumur 5 tahun dah bersekolah. Sekolah aku sekolah tabika lah (sekarang orang panggil tabika KEMAS) sekolah apa lagi yang terima budak umur 6 tahun dan kebawah kan?Sekolah tu dekat jer ngan umah aku, aku jalan kaki jer gie sekolah tu, mak aku just teman dan hantar aku pada mula2 aku bersekolah jer dah aku pandai sendiri cari umah so dia pun biar jerlah aku gie sendiri.....waktu tu tak ada lagi kes bunuh dan culik budak-budak nie so kira bertuahlah aku adventure pada usia kecik lagi....Aku masa sekolah tabika tu aku nie pandai melukis, lukisan aku yang jadi kebanggaan aku ialah orang lidi, burung buah2an tempatan dan kereta.....aku pandai melukis tau..waktu tabika lagi aku dah wakili tabika aku pertandingan melukis tapi just dapat hadiah hamper jer sedih kan? waktu kat tabika tu yang aku tak boleh lupa ialah kat sekolah tu ada gangter perempuan nama dia Suriati, dia tu besar dari semua budak tabika yang ada ngan rambut dia yang ala-ala afro buat kita orang cukup takut dengan dia. Dia tu suka pukul orang dan buli orang lain sampai cikgu pun panggil dia gangter. Paling seronok waktu sekolah tabika ialah bila waktu rehat, dapat makan beramai-ramai dengan rakan-rakan sekelas dan waktu itu juga lah aku belajar baca Doa sebelum makan yang tak pernah aku lupa sampailah sekarang......tulah zaman permulaan aku sebagai seorang pelajar dan mengenali A,B,C,D,E.....dan 1,2,3....oklah nanti aku cerita yang lain pulak

Selasa, Julai 22

Serba Sedikit Cerita Waktu Zaman Aku Membesar

Aku bungecengkeh....aku diberanak pada hari kedua bulan January tahun 1981 di Dungun Terengganu. Aku membesar dalam suasana kampung dan aku memang budak kampung.......sungai, paya, semak belukar adalah tempat aku bermain nagn adik-beradik aku dan juga kawan-kawan sebaya aku cerita kisah hidup aku zaman kanak-kanak sama macam zaman katunis Dato Lat masa dia kecik-kecik dulu kat kampung......aku waktu kecik tubuh aku nie kecik jer n macam biasalah bila kecik nie jadilah mangsa buli kawan-kawan tapi aku nie suka melawan bila orang buli aku.......buli membuli nie dah jadi menu tetap kita orang tiap hari sebab moto kami "membuli dan kutuk mengutuk mengeratkan persahabatan" betul atau sesuai atau tak moto tu pun aku tak pasti, tapi macam betul jer heheheeeeee.........aku nak ke 6 daripada 9 orang adik beradik, kira besarlah jugak family aku nie......aku nie agak rapat dan manja dengan keluarga dan makcik pakcik aku, aku suka merenget ngan dia orang waktu kecik dan sampai sekarang pun ada jugak sifat merenget tu ngan sesiapa yang aku sayang heheheeee...... oklah cukup lah setakat nie aku cerita pasal diri aku nanti aku cerita lagi ok