Dah tamat sekolah tabika dan cuti atau rest atau relex sebulan kat rumah aku pun didaftarlah untuk masuk darjah satu di Sek. Ren. Keb Batu 48 Dungun Terengganu. Macam budak2 lain jugak aku teramat teruju untuk bersekolah, ada beg sekolah sendiri, buku tulis yang banyak dan kasut sekolah. Waktu tu aku rasa seronok sangat sampai tak sabar-sabar nak bersekolah......hari pertama ke sekolah mak aku hantar aku macam ibu bapa orang lain jugaklah dan macam budak2 darjah satu yang baru masuk sekolah kita orang dibeli satu tanda nama yang diperbuat dari kertas manilakad yang sebesar tapak tangan tertera nama dan kelas masing2. Aku ditempatkan dalam kelas Satu Cempaka dengan rakan2 sedarjah aku yang berjumlah hampir 30 oarang, ramaikan?. Disitulah aku kenal alam persekolahan yang seterusnya dan mengenali kawan2 kawan baru. Kawan2 aku yang aku tak dapat lupa sampai sekarang ialah Faizal Ramly yang sekarang nie entah kemana dan aku dapat tahu dia ke Universiti Al-Azhar dan sorang lagi Lokman Hakim yang sekarang nie dah jadi seorang pendidik. Waktu itu aku baru kenal sistem ekonomi atau perniagaan hahahah...maksud aku, aku dah boleh pegang duit sendiri untuk beli makanan pada waktu rehat. Duit belanja aku waktu tu dalam 50 sen sehari dan pada waktu itu 50sen nilainya macam RM1.50 sekarang. Mak aku jugak kadang2 bekalkan aku makanan tengahari dari rumah, save budget katanya heheheeeee...
Waktu itu aku tak pandai nak tengok jadual subjects yang diajar untuk hari2 yang berbeza so aku pun bawaklah semua buku yang aku ada sampai penuh beg tu...dahlah berat beg tu, tubuh aku nie pulak yang kecik lagilah macam santa claus pun ada.....tapi bukan aku sorang jer macam tu, orang lain pun sama jer aku tengok bawak buku penuh beg.
Masa aku darjah satu tu ada sorang cikgu yang aku benci dan dendam sampai sekarang iaitu cikgu Nafisah, dia tu sekampung ngan aku dan perangai dia memang jahat ngan sikap suka pilih kasih. Dia tu macam mak tiri dalam cerita "Bawang Merah Bawang Putih". Bukan aku sahaja yang benci pada dia tapi kawan2 aku yang lain pun cukup benci dia. Kalau anak2 orang2 kaya bukan main lagi buat baik dan puji2 melangit, tapi akhirnya kami anak2 murid dia yang dia benci nie lah yang berjaya dalam pelajaran dan ada yang sampai keluar negara melanjutkan pelajaran...'aku belajar kat Malaysia jer'. Tapi setiap kejadian dan perbuatan orang kepada kita sebenarnya adalah hadiah dariNya yang mengajar kita jangan menilai orang atau bersikap suka memilih bulu sesama manusia kerana kita tak tahu apa yang berlaku pada esok hari, kerana hari besok masih dialam "Ghaib" (wahhh.... macam ustazlah pulak kikikikiii)
okaylah cukuplah aku cerita sejarah hidup aku di tahun satu disekolah nanti aku cerita sejarah akau pada waktu ditahun dua pulak.........
Kalau Berjalan Melangkah Turun, Langkah Diatur Tujuh Langkah, Langkah Kanan Membawa Untung, Tidak Bersilang Perjalanan,Tidak Bertingkah Lebuh Panjang, Tidak Kalah Di tengah Gelanggang
Memaparkan catatan dengan label Apo?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apo?. Papar semua catatan
Jumaat, Julai 25
Khamis, Julai 24
Waktu aku mula Kenal A,B,C......1,2,3....
Aku mula kenal sekolah pada usia aku umur 6 tahun macam korang jugaklah tapi ada jugak yang baru berumur 5 tahun dah bersekolah. Sekolah aku sekolah tabika lah (sekarang orang panggil tabika KEMAS) sekolah apa lagi yang terima budak umur 6 tahun dan kebawah kan?Sekolah tu dekat jer ngan umah aku, aku jalan kaki jer gie sekolah tu, mak aku just teman dan hantar aku pada mula2 aku bersekolah jer dah aku pandai sendiri cari umah so dia pun biar jerlah aku gie sendiri.....waktu tu tak ada lagi kes bunuh dan culik budak-budak nie so kira bertuahlah aku adventure pada usia kecik lagi....Aku masa sekolah tabika tu aku nie pandai melukis, lukisan aku yang jadi kebanggaan aku ialah orang lidi, burung buah2an tempatan dan kereta.....aku pandai melukis tau..waktu tabika lagi aku dah wakili tabika aku pertandingan melukis tapi just dapat hadiah hamper jer sedih kan? waktu kat tabika tu yang aku tak boleh lupa ialah kat sekolah tu ada gangter perempuan nama dia Suriati, dia tu besar dari semua budak tabika yang ada ngan rambut dia yang ala-ala afro buat kita orang cukup takut dengan dia. Dia tu suka pukul orang dan buli orang lain sampai cikgu pun panggil dia gangter. Paling seronok waktu sekolah tabika ialah bila waktu rehat, dapat makan beramai-ramai dengan rakan-rakan sekelas dan waktu itu juga lah aku belajar baca Doa sebelum makan yang tak pernah aku lupa sampailah sekarang......tulah zaman permulaan aku sebagai seorang pelajar dan mengenali A,B,C,D,E.....dan 1,2,3....oklah nanti aku cerita yang lain pulak
Langgan:
Catatan (Atom)