Jumaat, November 12

UPSR Amer


Keputusan UPSR sudah diumumkan semalam tapi hari ini baru aku tahu setelah dengar dari Radio Era yang mengatakan tahap pencapaian kelulusan UPSR tahun ini adalah yang terbaik dalam sejarah.

Dapat jer tahu terus aku call Amer anak saudara aku yang turut mengambil UPSR tahun ini. Aku tanya dia dapat berapa dalam UPSR, dia kata dia tak dapat 5A, dia just dapat 1A 2B dan 2C...walaupun dia tak dapat 5A tapi aku bersyukur kerana Amer ni bukan bijak seperti kakaK dia yang dapat 5A dalam UPSR. Kalau dulu dari darjah satu hinggalah darjah 5 dia ni penyimpan D dan E yang berjaya, boleh kata semua mata pelajaran D dan E jerlah dan kalau dapat C pun jarang sekali. Budak lelaki yang aktif nie bukan nak belajar pun banyak nak bermain tapi aku tengok bila dah dahjah 6 ni Amer dah rajin belajar sikit...mungkin kesedaran dah ada dalam diri untuk belajar. Aku dulu pun bukan bijak pun dan bukan dapat 4A pun(zaman aku 4 matapelajaran jer. Tapi Alhamdullilah lah yang dia lulus semua matapelajaran dan tak ada satu pun D...Aku berdoa semoga Amer akan terus meningkat pencapaian dalam pelajaran dia kelak.

Walaupun Amir tak dapat 5A, Pakcik tetap sayangkan Amir macam yang lain dan kalau ada rezeki nanti Pkacik akan kasi hadiah untuk Amer.

Tiada ulasan: