Isnin, November 15

Sarang Ku....



Bila pikir pasal berpindah rumah mahupun hanya pindah bilik amatlah memenatkan...penat fizikal dan penat mental. Oktober adalah bulan yang last aku tinggal di Mutiara Damansara dimana tempat yang aku tinggal selama 2 tahun yang penuh dengan suka dan duka...pada mulanya kami berempat dan akhirnya hanya berdua dengan AFIQ setelah ANIF dan BEN berpindah. ketiga-tiga mereka dah seperti adik beradik semuanya. Sayang rasanya dengan rumah ini tetapi apakan daya ada sebab2 tertentu yang terpaksa aku membuat keputusan untuk berpindah...bukan bergaduh dengan AFIQ yer..jangan nak buat2 cerita ok.

Akhir Oktober juga merupakan bulan pertama aku tinggal di rumah baru di Taman Permata Hulu Kelang tinggal berlima kali nie, kali nie aku sewa bersama kawan2 yang juga friendly yang kuat semangat "brotherhood". Bilik yang aku dapat agak besar juga tapi berada di tingkat bawah (rumah 2 tingkat), semua bilik ada 4 tapi yang 3 nya ada kat atas.

Penat juga berpindah nie walaupun barang2 seperti bedframe, drower and alamari pakaian aku telah jual kepada AFIQ tetapi barang2 yang dibawa cukup memenatkan aku...mujurlah ada kawan2 yang sudi membantu aku berpindah..THANKS SEMUA.

Kat sini aku nak postkan gambar2 bilik baru aku sebelum dan selepas :)



Sebelum dikemas dan dicat semula wall, bedframe dan barang2 yang tidak diperlukan habis semua dibuang dan diganti dengan baru.






Setelah wall dicat dan perabot baru dibawa masuk..Tetapi ada lagi barang yang belum dibawa masuk dan Insyaallah kalau ada rezeki akan sempurnalah bilik ini nanti :)

Tiada ulasan: