Selasa, Januari 12

"Jangan Biarkan Langkah Kita Terkunci Antara Kasih dan Budi"

Menjadi seorang yang dapat teguh berdiri di atas kaki sendiri adalah lebih baik daripada kita berdiri diatas bantuan "tongkat" orang lain. Termakan budi pastinya akan mengikat kita pada satu kaadaan atau tekanan yang kita sendiri tidak sanggup menghadapinya. Berusaha setakat mampu adalah satu tindakan yang paling bijak dan bukannya Aku bermaksud Aku tidak memerlukan bantuan dari sesiapa pun, tetapi Aku pernah menghadapi bilamana Aku seakan terkunci antara kasih dan juga budi. Ke kanan aku patah sayap ke kiri aku patah kaki dan yang dapat aku lakukan ialah hanya mengiyakan apa yang aku sendiri tidak bersetuju...terpaksa bersetuju dalam kaadaan di mana hati ini menafikannya...

Biarlah apa yang berlaku menjadi pengajaran buat diri Aku. Kekadang ingin sekali menegur sahabat dan kawan-kawan supaya jangan terlalu mengharapkan bantuan orag lain tanpa usaha dari diri kita sendiri dahulu, tapi siapalah Aku untuk menasihati mereka semua. Ungkitan bisa membunuh kita bagi yang termakan budi...bukan mahu menjadi seperti "kacang yang melupakan kulit" tetapi tidak semestinya untuk membalas budi kita terpaksa melakukan sesuatu yang bukan kita persetujui dan bukan menolak untuk membantu bermakna kita lupa budi, tapi kaadaan dan ketika yang menjadi penyebabnya. Acap kali Aku hadapi bila Aku terpaksa lakukan apa yang aku tidak ingini semata-mata untuk membalas budi bagi yang pernah berbudi pada aku dikala aku susah dan tak mahu dikata tidak mengenang budi. Kadang-kadang Aku dapat rasakan yang budi yang diberikan adalah perangkap samar yang hanya menunggu masa untuk membinasakan Aku...menunggu masa untuk minta pembalasan....adakah salah mereka? bukan...yang salah adalah Aku, Aku yang mungkin lemah ketika dalam kesusahan dan lemah serta buntu dalam kekalutan yang buat aku lemas untuk menghadapinya sendiri.

Kerana cinta juga buat kita buta...buta menabur budi pada tanah yang tidak subur, berbudi dengan harapan kita akan mendapat apa yang kita harapkan...harapan dengan erti kata cinta akan terbalas dan cinta akan semakin mekar...tetapi berbudi bukanlah bermakna cinta yang disemai atas dasar nama budi akan mekar mewangi kerana cinta itu terlalu sukar untuk dimengertikan dan ia tidak boleh dipaksa mahupun di semai di atas nama budi. Cinta itu datang dari hati yang iklas dan bersih.....Aku tidak menyesal jika cinta bukan untuk diriKu cinta yang datang sekejap itu adalah cinta yang palsu dan penuh penipuan...cinta itu akan Ku racun biar sampai jadi kering dan akan Aku ramas biar hancur...

Kini akau tanamkan azam yang Aku akan lebih berhati-hati antara kasih dan budi kerana Aku tidak mahu langkah aku terkunci lagi sehingga keputusan yang akan dilakukan bukan iklas dari lubuk hati ini....

Tiada ulasan: