Khamis, November 5

Nasib Mu Wahai Amah Indonesia...

Sedih bila baca kisah-kisah penderaan amah dari Indonesia yang bersifat Iblis berhati syaitan yang tidak berperikemanusiaan mendera pembantu-pembantu rumah dari Indonesia seperti mereka itu tiada perasaan dan akal yang sewajarnya dilayan seperti manusia.

Baru-baru ini seorang lagi pembantu rumah dari Indonesia menjadi mangsa kezaliman majikan yang bersifat iblis. Mangsa disepak terajang seperti patung yang tidak bernyawa malah rambut beliau dibotakkan entah apa dosanya dilayan sebegitu rupa. Jika pembantu tersebut ada melakukan kesilapan adakah wajar beliau dilayan dan disiksa sebegitu rupa? adakah dengan cara membotakkan rambut pembantu tersebut dengan niat menghina beliau menjadi budaya majikan yang bersifat iblis dihalalkan dinegara kita?, tentu sekali tidak bagi mereka yang berfikiran seorang manusia.

Kes Nirmala Bonat belum lagi selesai sebagai contohnya, dimanakah peranan kerajaan atau lebih tepat lagi pegawai-pegawai dari Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan mereka daripada menyelesaikan masalah seumpama ini? Adakah mahu tunggu pihak daripada Indonesia bersuara lantang baru mahu ambil tindakan? Atau adakah dimana mereka pembantu rumah dari Indonesia ini tidak ada beza tarafnya dengan hamba abdi kulit hitam yang pernah di amalkan oleh rakyat Amerika dahulu kala? Kalaulah begitu stigma mereka, aku malu untuk mengaku sebagai seorang rakyat Malaysia yang dicanang sana sini bahawa kerajaan yang memerintah mesra rakyat kononnya.

Memang tidak dinafikan ada pembantu rumah yang mendera anak-anak majikan mereka, tapi cuba kita fikirkan mengapa mereka bertindak sebegitu rupa, adakah kita pernah memikirkannya?. Cuba bayangkan kalau seorang pembantu rumah yang terpaksa melayan kerenah 4 orang anak kecil, mahu siapakan kerja rumah lagi, memasak lagi, membasuh lagi yang terpaksa diselesaikan sehari suntuk. Adakah dibenak otak kita mengangap yang pembantu rumah ini robot atau seperti tuhan Hindu yang mempunyai 8 tangan? Kalau begitu yang berada dibenak fikiran majikan maka samalah taraf majikan tersebut dengan lembu yang meragut rumput dipadang. Kalau ibu bapa sendiri boleh naik angin dengan kerenah seorang anak yang buat perangai inikan pula amah yang terpaksa melayan 4 orang anak majikan mereka yang tentunya mempunyai 1001 perangai yang menguji kesabaran. Mereka dibebankan dengan kerja rumah yang melampau dan tidak mustahil bila keletihan kita boleh naik angin apatah lagi jika dipujuk dengan elok tidaknya mahu berkelakuan elok.Sedang majikan enak dibuai mimpi, mereka di awal pagi sudah bangun walaupun kekurang tidur dan rehat yang secukupnya untuk menyiapkan tugasan mereka supaya sentiasa elok dimata majikan.

Tidak bolehkah jikalau pembantu rumah kamu melakukan kesalahan ditegur denagn baik dan ajar mereka dan luruskan mereka dengan cara berperikemanusiaan dan sewajarnya?. Tidak terfikirkah kamu perasaan ibu, bapa, suami ,anak-anak dan saudara mara mereka bila mendapat berita anak, ibu, isteri atau saudara mereka yang terpaksa menyeberangi lautan untuk mencari rezeki halal menerima ajal akibat kekejaman majikan berhati iblis? Adakah kamu pernah terfikir atau cuba seketika merasakan perasaan ahli keluarga mereka bila menerima sekujur jenazah yang hanya dibaluti kain putih di kampung halaman mereka dan bukannya kegembiraan yang kononnya dijanjikan apabila pulang dari negara kita Malaysia?.

Besar sangat ker dengan gaji RM400 sampai sanggup melayan pembantu rumah seperti binatang? jika anjing peliharaan kamu, kamu layan bagaikan anak kandung tidak bolehkah kamu wahai majikan behati iblis melayan mereka sebagai manusia sewajarnya? Atau sifat dan sikap kamu sudah dipengaruhi oleh faktor memakan babi menyebabkan kamu semua sudah bersifat dan bersikap seperti BABI? Hanya kamu sahaja yang tahu jawapannya

2 ulasan:

Hells Design berkata...

ini namany eitam putih kehidupan...

bungeCENGKEH berkata...

yang mana putih dan yang mana hitamnya kawan :)