Rabu, April 8

Rakyat Tetap Menolak UMNO

Di TAIPING, Pas mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang apabila calonnya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Saffian dengan majoriti 2,789 undi, lebih besar berbanding majoriti 1,566 undi diperoleh Pas pada pilihan raya umum tahun lalu.

Di SUNGAI PETANI, kerusi DUN Bukit Selambau yang pertama kali dalam sejarah pilihan raya menyaksikan pertandingan 15 penjuru, kekal dikuasai PKR apabila calonnya, S Manikumar, 35, menang dengan majoriti 2,403 undi, juga lebih tinggi berbanding majoriti 2,362 undi diperoleh V Arumugam, yang bertanding atas tiket Bebas pada pilihan raya umum 2008 sebelum menyertai PKR.

Walaupun berbagai isu yang dimainkan oleh UMNO bagi memancing undi pengundi di kedua-dua kawasan nampaknya tidak cukup berkesan. Rakyat tidak lagi mudah mempercayai isu-isu lapuk mahupun isu-isu ala warung kopi bagi memangkah calon BN. Isu institusi Beraja di Perak yang kononnya menjadi senjata utama bagi mengalahkan calon Pas iaitu Datuk Seri Nizar Jamaluddin nampaknya tidak menjadi oleh kerana rakyat Perak sendiri tahu siapakan yang selama ini merosakan institusi Beraja di Perak khasnya DAN di Seluruh MALAYSIA AM nya.Bak kata Si Jenab iaitu bekas pramugari MAS yang sekarang ini menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dengan 10 orang cahaya mata "ada akak kesah dik-dik non BN duk propa kat rakyat DUN Bukit Selembau yang sesuci embun pagi nie dik? Akak tetap menyokong Pas sebab Akak tahu yang mana baik dan yang mana buruk,propa sana, propa sini tapi non adorrrrrrr kerja dik-dik non....buat duit kayakan kroni adalah..... TAKBIRRRRRR". Itulah salah seorang pengundi TEGAR PAS di DUN Bukit Selembau WALAUPUN SEWAKTU soalan ditanya, Kak Jenab tetap VOUGE dengan kaca mata hitam dari GUCCI dan menyandang handBAG LV LIMITED EDITION yang baru dilancarkan baru-baru ini, (VOGUE sungguh pengundi tegar Bukit Selembau ini yer)yang sempat ditemu bual oleh wartawan Kiah Kepoh.

Di Sungai Petani juga nampaknya kepercayaan rakyat kepada PKR masih kuat dan semakin mapan dimana majoriti pengundi yang mengundi calon PKR iaitu S Manikumar semakin bertambah walaupun menyaksikan persaingan 15 penjuru. Ini dapat dibuktikan bahawa seperti filem-filem TAMIL, hero rakyat akan tetap menang walaupun penjahat seramai mana pun menyerang hero. Dengan kekuatan dan kepakaran dalam seni mempertahankan diri nampaknya kemenangan pilihan raya bagi DUN Sungai Petani tetap berpihak pada hero rakyat. Tahniah di ucapkan kepada PKR dan BN kerana menghantar calon berbangsa INDIA bagi kerusi DUN ini walaupun majoriti pengundi adalah berbangsa MELAYU dan ini jelas membuktikan bahawa semangat perpaduan dan toleransi rakyat Sungai Petani yang berbeza bangsa dan keturunan dalam memilih pemimpin mereka.

Telah terbukti yang UMNO dan BN semakin hari semakin di tolak oleh rakyat jelata sejak Pilihan Raya Umum 2008 dan Pilihan Raya Kecil yang diadakan iaitu di Kuala Terengganu DAN Permatang Pauh baru-baru ini. Adakah UMNO dan BN akan terus hilang dihati rakyat?. Amat diharapkan dengan peralihan kuasa dibawah Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dapat memulihkan kembali kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO dan kepercayaan Rakyat Malaysia terhadap BN.Semoga Perdana Menteri yang kita cintai ini akan dapat membawa Malaysia kearah yang lebih maju dari segi rohani dan jasmani. Sama-salah kita berdoa agar hanya yang terbaik untuk kita Rakyat Malaysia yang tercinta ini...INSYALLAH

PILIHAN ANDA MENENTUKAN MASA DEPAN ANDA

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

typo...VOGUE not vouge. :P, nwey BungeCENGKEH tetap VOGUE...gitu....vorley??? lalalalala

We Fly berkata...

gayteww kenzz abg wan..ahakz

bungeCENGKEH berkata...

al

tu yang ct sebut dik VOGUE OMPUTEH PANGGIL VOUGE CT SEBUT KIKIKIII

mesin.taip berkata...

takbiiirrrr!!!!!!!!!!!