Khamis, Februari 5

Bila Berjauhan dengan mereka yang kita sayang




Dah hampir 3 minggu di sini,aku dah jarang on-line chat mahupun baca atau tulis blog, aku sebak bila tengok balik pic-pic lama aku. Pic aku dengan Pumpkins, pic ngan Aniff, Afiq dan Ben iaitu housemate aku yang aku anggap mcm adik beradik aku dah dan jugak kawan-kawan lain mcm Kaylie,Yamar,Amar,Papa, Kuzuto,Dany, Benster n the Geng dan ramai lagi.....sebak bila Aniff dan Afiq call tanya khabar dan kata kan mereka rindu kat aku dan katakan rumah kami dah tak semeriah dulu bising dengan mulut aku yang suka membebel kepada mereka.

Dengan Pumpkins aku dah tak bergaduh lagi dengan dia macam biasa, memang betul apa yang aku katakan pada dia dulu "waktu bersama dan dekat kita boleh bergaduh selalu tapi bila dah jauh nanti dah tak boleh nak bergaduh mcm biasa" itulah yang selalu aku katakan bila aku bergaduh dengan dia. Sekarang hnya call dan sms sahaja yang jadi pengubat rindu pada mak,kawan-kawan dan Pumpkins. Sedih setiap hari aku rasakan tapi aku buat biasa jer dah cuba untuk tidak fikir sangat pasal rindu ini. Aniff setiap kali call kata dia sedih dan kesunyian, aku buat-buat tak layan sebab aku nak dia kuat dan terima kenyataan dengan apa yang telah berlaku. Afiq walaupun tak pernah mengadu yang rindu tapi selalu suruh aku balik KL semula, kalau ada masalah selalu tunggu aklu balik kerja depan TV cerita masalah cinta dia yang kadang-kadang buat aku kelakar dan nak gelak pada dia yang selalu bercerai berai dengan orang yang sama, cerai baik,cerai baik mcm tulah sentiasa. Ben pulak selalu sibuk dengan kerja dan problem dengan majikan dia yang kurang waras tu.

Tapi semua itu dah tak ada lagi, bila balik rumah dah tak macam dulu lagi kata mereka sebab masing-masing sibuk, kalau dulu aku sentiasa ada dan mereka sentiasa ada kawan untuk berborak dan bergurau senda. Kerja pun tak seronok,dalam bulan April nie aku nak berhenti kerja dan mulakan apa yang aku rancangkan nanti, Insyaallah akan berjaya jika aku lakukan dengan betul-betul. Sekarang bangun pergi kerja pukul 4.30am balik pukul 7.00 malam, gelap macam pukul 9.00 malam kalau kat semenanjung. Dengan Pumpkins dulu selang sehari kami akan jumpa untuk diner sesama walaupun hanya dengan nasi lemak ataupun sekadar sekeping roti canai, tapi sekarang dah tak ada lagi....makan minum sendiri pandai-pandailah uruskan.

Baru aku tahu dan faham bila hubungan jarak jauh nie macam mana, perlukan hati yang kuat untuk kesinambungan hubungan kasih sayang.....sedih bila berjauhan dengan orang yang kita sayang apatah lagi ini bukan kehendak kita untuk berjauhan..... Sekarang setiap hari aku akan call sesiapa yang aku rindu, baik keluarga mahupun kawan-kawan apatah lagi Pumpkins tak pernah tak call dan seperti biasa bertanya khabar. Kalau tak ada masalah dan segala planing berjalan lancar, Insyaallah bulan Mac aku akan letak jawatan dan balik ke Semenangjung......

1 ulasan:

shahril.hussin berkata...

jgn sedih2 ..kalu bosan just give me a call ok....take care