Selasa, Jun 21

Murai Batu



Salah satu hobi aku waktu aku masih bersekolah dan tinggal di kampung dulu ialah memelihara burung Murai Batu. Aku masih ingat apabila abang ipar aku berikan seekor anak Burung Murai Batu yang dia jumapa sewaktu memburu ayam hutan di dalam ladang kelapa sawit. Seingat aku anak burung yang abang ipar aku berikan berusia dalam 3 minggu. Aku jaga anak Burung Murai Batu itu dengan punuh kasih sayanglah orang kata sampailah besar. Memelihara anak Burung Murai Batu nie perlukan kesabaran dan keprihatinan yang tinggi sebab anak burung masih dalam proses membesar. Salah satu kesabaran ialah untuk menunggu anak burung murai batu mula mengicau, anak burung murai batu yang dipelihara dari kecil mengambi masa yang lebih lama daripada anak burung murai batu yang liar untuk mula mengicau disebabkan tiada burung murai batu matang yang lain mengajar ia mengicau... kiranya kalau dengar suara yang mula-mula dikicaunya seperti radio rosak tapi dalam masa 6 bulan kita dah dapat dengan kemerduan suara asli murai batu. Satu kelebihan bunyi kicauan murai batu yang dibela dari kecil ialah suaranya tidak meniru bunyi suara burung dari spesis lain sebab murai batu ni suka meniru suara burung lain. Suara burung murai batu asli sangat merdu dan pelbagai "lagu" dan sayang kalau murai batu mengicau dengan mengeluarkan sura burung dari spesis lain yang ditirunya.
]
Buru Murai Batu ni seronok dijadikan haiwan peliharaan oleh kerana bunyinya yang merdu dan kelincahannya tetapi untuk memdidik Murai Baru mengicau di dalam sangkar bukannya mudah dalam waktu yang singkat. Murai Batu hanya akan mengicap di dalam sangkar jika dijaga dengan betul dan diberikan perhatian serta kasih sayang yang sempurna barulah akan mengicau. Puas rasanya bila Murai Batu yang aku pelihara mula mengicau di dalam sangkar, seingat aku hampir satu tahun aku pelihara Murai Batu kesayangan aku sebelum dia mula mengicau dengan galaknya di dalam sangkar.

Setiap hari aku bermain dengan Murai Batu aku dan rasa puas jika setiap kali aku mendengar nyanyian nya yang berbagai rupa suara yang dikeluarkan. Setiap kali mak aku bangun untuk menyiapkan sarapan sekolah Murai Batu aku akan bising bernyanyi seperti memhiburkan hati mak aku, mak aku cukup sayang dengan Murai Batu aku seekor tu... Kadang-kadang aku bawa Murai Batu aku tu masuk hutan yuntuk menjerat murai batu liar dan kadang juga aku hanya bawa Murai Batu aku itu masuk di kawasan kebun atau pinggir hutan semata-mata untuk melihat dan memdengar Murai Batu aku itu berlawan beradu suara dengan murai batu liar.

Kepuasan memelihara burung murai batu ini hanya dapat dinikmati ole mereka yang meminati dan tahu menilai kemerduan suara burung murai batu. Terasa asyik dan tenang bila mendengar kicauan merdu burung murai batu terutama diwaktu pagi dan aku yakin peminat suara burung murai batu pun bersetuju dengan pendapat aku.

Hampir 3 tahun aku bela Murai Batu aku itu tapi sayang bila Murai Batu aku mati dimakan ular sewaktu aku sangkut sangkarnya di pokok tanpa diawasi... Sedih giler aku waktu tu sampai menangis rasa menyesal sebab biarkan Murai Batu kesayangan aku itu tanpa diawasi. Sekarang rasa teringin untuk memelihara semula burung murai batu membuak-buak cuma aku tak jumpa lagi murai batu yang sesuai dan cantik... mungkin kalau aku bersungguh pasti aku akan dapat peganti, Insyallah akan aku cari dan pelihara burung murai batu yang baru suatu hari nanti.

Tiada ulasan: