Rabu, Disember 22

Masih Jauh....


Aku dapat rasakan yang masih lagi jauh perjalanan yang perlu aku tempohi untuk memcapai apa yang aku inginkan di dalam hidup ini. Jalan yang penuh dengan onak duri dan liku-liku yang kadang kala buat aku tewas. Aku terpaksa melaluinya walaupun bukan ini yang aku mahukan tetapi inilah ketentuan dan jalan hidup aku.

Dari dulu lagi aku tak semudah orang lain diberikan kejayaan, perjalanan yang aku tempohi agak sukar jika dibandingkan dengan orang lain. Disaat kawan-kawan sudah mampun berlari aku masih lagi merangkak untuk belajar berdiri...mungkin ini ujian buat diriku dan yang terbaik daripadaNya. Syukur walaupun aku tak sebahagia orang lain tapi aku masih lagi diberikan peluang demi peluang dan rezeki daripadaNya sentiasa ada walaupun hanya cukup-cukup sahaja. Mengeluh bukanlah yang terbaik, mengeluh menandakan aku lemah menghadapi dugaan hidup ini. Mungkin dugaan yang aku hadapi ini tidak sehebat dugaan daripadaNya kepada insan lain.

Hanya Dia sahaja yang tahu kenapa jalan hidup aku sebegini kerana ia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku. Aku lebih redha jika dunia yang sementara ini bukan untuk aku dan aku lebih gembira jika disana yang menanti aku kelak adalah firdausi yang kekal abadi. Dugaan yang diberikan adalah mengikut kemampuan diri kita, tidak sesekali Dia zalim dengan memberikan dugaan tanpa sebab dan alasan, hanya Dia yang lebih mengetahui.

Aku harap sinar keyayan akan muncul jua suatu hari nanti, Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidup ku untuk memdapat kejayaan yang aku inginkan. Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk mencapai kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat...kuatkanlah semangat ku dan kukuhkanlah keimanan ku kepada Mu Ya Allah dan jangan biarkan aku tewas dengan dugaan yang sekelumit cuma ini sehingga hanyut dari jalanMu Ya Allah.

1 ulasan:

retotkopi berkata...

hmmmm, kawan aku ni dah lupa aku kot...no tel dah tukar ke.....