Rabu, September 29

Selamat Hari Raya Aidilfitri....


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin....

Hari ni dah masuk 19 Syahwal, baru hari ini aku buka Blog ini untuk melihat apa yang terjadi...manalah tahu kot-kot dah kena bom ker, kena rompak ker atau kena bakar ker sepanjang aku tiada....Raya mestilah best, giler kalau orang kata tak best...rayalah kita boleh jumpa biskut raya walaupun biskut tu hari lain pun boleh buat dan makan kan? Raya jugalah kita beleh berkumpul seisi keluarga untuk meraikan Aidilfitri sisamping bermaafan di atas segala kesalahan danm dosa, Hari Raya jugalah kita akan berkunjung-kunjungan sesama kita semua dan Hari Raya jugalah peluang untuk kanak-kanak kumpul duit Raya....mana ada raya tak best kan? Tapi keterujaan untuk saat-saat dan pengalaman ini lain jika nak dibandingkan ngan hari-hari lain.

Tahun nie duit raya dilabur dalam RM700.00 untuk ank buah seramai 15 orang, untuk mak n nenek serta tak lupa juga untuk anak-anak sepupu sepapa aku dan budak-budak yang datang beraya. Budak-budak kat kampung aku bagus, datang pasti dia orang akan makan biskut raya n kuih muih, tak ada lagi yang datang just nak duit raya....kalau datang just nak duit raya alamatnya balik tangan kosonglah dia orang tu(padam muka).Hari Raya pertama aku just duduk kat umah jer tunggu orang datang dan pagi tu haruslah gi Solat Sunat Aidilfitri dulu dengan anak buah aku yang sekarang nie dah lebih tinggi dari aku, pepagi dah ajak aku pergi solat Sunat Aidilfitri dengan dia. Walaupun dia dah besar dan dah bekerja duit raya tetap aku beri. Satu perasaan yang aku ada bila bercakap tentang anak buah ialah kalau boleh akau tak nak mereka besar, aku nak mereka tetap jadi kanak-kanak sebab aku masih rindu nak peluk manja dengan mereka...maklumlah aku di Kuala Lumpur manakala mereka di Terengganu, saat untuk melihat mereka membesar tu tak kesampaian. Anak-anak buah aku tetap sayang kat aku dan kata mereka akulah Pak Cik yang paling best dan no satu dalam hati mereka (bangga aku rasa ahakssss)



Tahun nie aku hanya terima 2 undangan rumah terbuka dari sahabat baik aku iaitu Azhar dan Que, tapi aku hanya dapat hadirkan diri di rumah terbuka Azhar sahaja dan maff yer Que sebab aku tak dapat nak hadirkan diri di rumah terbuka kau....kita tetap kawan dan kau tetap kawan aku :).



Waktu kat kampung aku boleh kata banyak menghabiskan waktu bersama ngan kawan baik aku Syed, kawan baik sejak sekolah lagi yang dah berjaya ngan business dia..syukur Alhamdullilah rezeki Allah berikan pada dia sekarang nie.



Kalau nak katakan aku puas beraya, terus terang aku kata aku tak puas kerana sekejap jer aku kat kampung, raya ke-4 dah balik Kuala Lumpur semula, nak rest kat kampung dengan family pun tak puas....oklah kat sini aku nak post beberapa keping gamabar yang sempat aku ambil sempena hari Raya Aidilfitri di rumah terbuka Azhar yang lepas :).

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin....

Tiada ulasan: