Rabu, Julai 21

Payung.....


Hujan di subuh hari mengingatkan aku zaman persekolahan dahulu. Bila hujan bermakna peluang untuk kesekolah amat tipis kerana aku ke sekolah hanya berbasikal. Jrak dari rumah ke sekolah dalam 5KM atau mungkin lebih. Kalau hujan yang turun lebat bermakna basah kuyuplah aku ke sekolah. Itu kisah lama yang penuh dengan memori yang indah.

Hari ini hujan dari subuh hari, turun agak lebat. Ingat mahu sahaja membonceng motorsikal ke tempat kerja tetapi memandangkan hujan tidak jua mahu berhenti, aku mengambil keputusan untuk menaiki LRT ke tempat kerja dan Alhamdullilah ada juga payung untuk aku gunakan ke stesen LRT dari kebasahan walaupun payung yang ada rosak dan tidak elok dipandang. Bila aku lihat jasa payung tersebut buat aku terasa pilu...pilu jika payung yang melindungi aku itu adalah seorang insan yang kurang elok sifat nya tetapi tetap memberikan kasih sayangnya dan perlindungan tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri. Walaupun dimata aku dia tidak hebat mana tetapi dia tetap menyayangi dan melindungi aku orang yang disayangi tanpa rasa terpaksa.

Payung itu juga membuat aku berfikir, jika ia tiada mungkin aku akan kebasahan untuk ke tempat kerja...tiada yang mahu melindungi aku dari kebasahan dan jika aku kebasahan tentu sekali ia akan menyulitkan aku ditempat kerja kelak. Walaupun kau kurang elok dan tidak secantik payung-payung lain dimata ku tapi kau tetap indah di hati....

3 ulasan:

bukankosong berkata...

yea..terbaik d'hati..itu penting

bungeCENGKEH berkata...

TAPI ORANG YANG KITA SAYANGI SELALU MENILAI KEKURANGAN KITA...MENUTUP SEGALA KELEBIHAN YANG SEDIKIT CUMA

bukankosong berkata...

hurrrmm...klau dah dia syg xkemana..tetap syg walau kritik lebih kn...